Sepintas lalu...
Kampung Damat merupakan Kampung yang pernah memenangi tempat Ke-Tiga ANUGERAH DESA CEMERLANG peringkat
Daerah Tuaran pada tahun 2006, ia terletak 5 KM daripada Pekan Tamparuli dengan keluasan 1250 ekar
Daripada keluasan ini, separuh daripadanya adalah kawasan kediaman Suku daripadanya kawasan sawah padi dan
selebihnya adalah Kawasan pertanian, penternakan binatang dan kolam air ikan tawar.
Dahulunya penduduk Kg. Damat hanyalah bekerja sebagai petani dan Penternak untuk menyara kehidupan seharian
namun pada masa kini Kebanyakan penduduk sudah mula bekerja makan gaji di sektor kerajaan dan juga swasta serta
berkerja sendiri dengan melibatkan diri dalam perniagaan.
Penduduk Kg. Damat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Kadazan / Dusun, Bajau, Melayu, Iban, Sungai,
Cina, Filipina dan Indonesia.
|