Kg. Damat Tamparuli Sabah Malaysia
Home
Pentadbir Kampung
Contact Us (hubungi Kami)
Gallery Gambar Kg. Damat

Welcome to Kg. Damat Tamparuli Sabah
Selamat Datang Ke Kg. Damat Tamparuli Sabah

Sepintas lalu...

Kampung Damat merupakan Kampung yang pernah memenangi tempat Ke-Tiga ANUGERAH DESA CEMERLANG peringkat Daerah Tuaran pada tahun 2006, ia terletak 5 KM daripada Pekan Tamparuli dengan keluasan 1250 ekar

Daripada keluasan ini, separuh daripadanya adalah kawasan kediaman Suku daripadanya kawasan sawah padi dan selebihnya adalah Kawasan pertanian, penternakan binatang dan kolam air ikan tawar.
 
Dahulunya penduduk Kg. Damat hanyalah bekerja sebagai petani dan Penternak untuk menyara kehidupan seharian namun pada masa kini Kebanyakan penduduk sudah mula bekerja makan gaji di sektor kerajaan dan juga swasta serta berkerja sendiri dengan melibatkan diri dalam perniagaan.
 
Penduduk Kg. Damat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Kadazan / Dusun, Bajau, Melayu, Iban, Sungai, Cina, Filipina dan Indonesia.

PIAGAM JKKK KG. DAMAT

(1)

Memberi kepuasan terbaik dan mesra kepada masyarakat Kampung didalam menerima cadangan-cadangan mengenai masalah kampung.

 

(2)

Pentadbiran JKKK hendaklah dilaksanakan sebagai satu ENTITI berterusan

 

(3)

Semua cadangan dan aduan masyarakat kampung akan dibincangkan melalui mesyuarat JKKK dalam masa yang cepat tanpa prasangka dan pengadu akan dilayan dengan cara terhormat

 

(4)

Semua surat-surat permohonan projek dan berbagai yang sudah dihantar kepada pihak-pihak berkenaan akan dirujuk dalam masa dua bulan sekali

 

(5)

Mengadakan mesyuarat JKKK sekurang-kurangnya satu kali sebulan mengikut keperluan

 

(6)

JKKK akan sentiasa menghargai masa Tuan/Puan/Encik/Cik berjumpa kami

 

damatcopy.jpg

Gerbang Masuk Ke Kg. Damat Tamparuli

Please get in touch to offer comments and join our mailing list.

Kg. Damat Gerakan Daya Wawasan